Hentikan Mencintai Sesiapa sebelum Kau menguji sikapnya dalam dua keadaan: suka & duka
Sepanjang sejarah manusia, ramai orang membuat banyak kesilapan semasa memilih kawan. Ini lebih lebih lagi kritikal dalam konteks memberi cinta semasa memilih pasangan hidup. Kebanyakan kesilapan berpunca dari terlalu cepat terpengaruh dengan pelbagai temptasi keindahan berpusatkan penampilan fizikal.
Akhirnya, keputusan yang dibuat hanyalah memenuhi selera nafsu yang berhajatkan kepentingan jangka pendek. Rupa dan kecantikan, wang dan kekayaan, pangkat dan kemewahan, pengaruh dan kekuasaan. Akibatnya harapan sering menyalahi kenyataan.
Sebetulnya, hidup ini sengaja dijadikan indah oleh Allah S.W.T seperti yang dapat kita saksikan dalam firmanNya yang bermaksud :
"Dihiaskan (dan dijadikan indah ) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, yaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang banyak berpikul pikul dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang=binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup didunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baik ( yaitu syurga )".
(Surah Ali-'Imran : Ayat 14)
Jelas disini bahawa semua yang dijadikan indah ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia. Ia tidak sekali kali bertujuan mengilirukan kehidupan, tetapi lebih kepada untuk memudahkan ( to facilitate ) dan melengkapkan ( complement ) kehidupan manusia bagi memainkan peranan utamanya sebagai "khalifatul ardh" ,
Selaku khalifah Allah SWT segala pengurniaan ini dibekalkan untuk membantu segala aktiviti pengabdian hamba terhadap Khaliqnya. Keindahan-keindahan sementara yang dimanifestasikan dari kecantikan wanita, ladang, binatang ternak dan alam ini menggambarkan pengaruh keduniaan.
No comments:
Post a Comment