Tuesday, September 22, 2009

Program Aidil Fitri 2009




Raya ketiga setiap tahun kami akan menghimpun sanak saudara jauh dan dekat dibawah Yayasan Keluarga Hajjah Wan Mariam. Kali ini kami berjaya mengumpul hampir 150 sanak saudara di Perdana Resort PCB Kota Bharu.


Dalam suasana kegembiraan ini diselang seli dengan hiburan dipersembahkan oleh Band K2phat yang dipimpin oleh Sdra Baharudin Hj Setapa. Seronok dapat beraya bersama sanak saudara kerana tahun ini lebih ceria dan meriah. Terima kasih pada semua yang hadir.