Tuesday, November 22, 2011

Puteri Darwisya


dimatanya...
ada kerlipan harapan
ramai yang mengagumi ketajaman renungannya
warnanya pekat melekat terpikat
inilah anugerah dari Maha Pemurah
seindah namanya
yang seakan mirip maknanya
akan berterusanlah cahayanya....dengan izinNYA

SAYANGI ISTERI ......


         SAYANGI ISTERI ...INGATKAN PADANYA....

Antara tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya. Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan ia menunaikan kewajipan terhadap suaminya seluruhnya. Jika suaminya memerlukannya,sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaann, maka dia tidak boleh menolaknya.” [Riwayat Thabrani]

Dalam hadis yang lain pula diterangkan bahawa siapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah maka ia berhak memperolehi syurga.

Rasulullah saw bersabda:

“Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan ia taat kepada suaminya, maka ia akan di persilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki.”

Dalam hadis yang lain pula diterangkan:

“Apabila seorang isteri itu telah meninggal dunia dan  suaminya redha akan dirinya, maka ia akan dimasukkan ke  dalam syurga.”

Dari hadis diatas dapatlah di simpulkan bahawa apabila seseorang isteri telah meninggal dunia, sedang waktu hidupnya ia tidak pernah mengecewakan dan menyakiti suaminya maka, syurgalah adalah tempat yang bakal di diaminya. Manakala bagi isteri yang mana waktu hidupnya tidak melaksanakan kewajipannya (selagi tidak bertentangan dengan syara`) maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah SWT.

DUHAI ANAK ANAKKU


Pesanan kepada anakku,
“Usah menyakiti orang lain kerana, di akhirat nanti perbuatan kita itu akan dituntut oleh mereka yang kita sakiti. Kita tidak akan masuk syurga selagi kita tidak medapat maaf dari orang itu.
Tahanlah kemarahan kerana marah itu menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak tahu orang yang kita marahi itu mungkin orang yang dikasihi Allah. Menyakiti kekasih Allah itu buruk padahnya.
Marah itu membawa kepada sifat sombong kerana apabila kita marah, kita merasa besar dan orang yang dimarahi merasa dirinya diperkecilkan. Sombong itu selendang Allah dan Allah membenci kalau kita memakai selendang itu.
Biarlah orang lain dapat merasai nikmat  kebaikan kita dan  biarlah tiada sesiapa yang merasa sakit akibat dari keburukan dan kejahatan kita kecuali diri kita sendiri.
Usah takut membantu orang lain yang dalam kesusahan kerana Allah sudah menjanjikan ganjaran yang sangat besar untuk itu.
Usah merasa rugi apabila memberi kerana nikmat yang bakal dikembalikan Allah pada orang yang pemurah itu tidak ternilai harganya.
Jadikanlah diri kita seperti air sungai yang tenang. Ia mengalir lembut membawa seribu kebaikan kepada makhluk Allah yang lain. Kalau ada batu menghalang ia tetap terus mengalir mengelilingi batu dengan lembut tanpa mencederakan batu untuk menuju destinasinya. Airnya menghilangkan dahaga.
 Jangan jadi seperti air laut yang sentiasa ada pasang surut. Airnya tidak mampu menghilangkan dahaga. Bila tiba waktunya akan menjadi badai yang menakutkan.”
Saya katakan kepada anak lelaki yang sedang menghitung hari menjadi lelaki bernama suami,
“Hormati wanita sebaiknya2. Jangan berkasar kerana wanita itu lembut dan kekasaran seorang suami itu amat menyakitkan. Jangan terlalu lembut kerana kelembutan yang keterlaluan tidak membantu meluruskan kehidupan seorang isteri.
Bersykurlah dengan isteri yang mempunyai nilai agama dan kemanusiaan yang tinggi kerana itu adalah ciri yang diperlukan untuk menjadi ibu yang sempurna kepada bakal zuriat. Nilai agama tanda dia beriman, nilai kemanusian tanda ia pengasih.
Kalau ibubapanya selama ini menciptakan kelembutan untuknya, jangan kita menukarnya dengan kekasaran. Ia amat menyakitkan dan tiada apa untung yang kita dapat selain penyesalan apabila sudah menjejaskan rumahtangga dan pada masa itu segalanya sudah terlambat.”
Hiduplah dengan sederhana kerana sifat bersederhana itu adalah asas kebahagian.
Letakkan diri kita dalam genggaman Allah kerana kita tidak akan mampu merasa selamat apabila terlepas dari genggaman suci itu.”
Lembutkan hati dengan
1. zikir alma’thurat
2. solat sunat
3. puasa sunat
4. sedekah
5. mengusap kepala anak yatim
6. Melihat orang yang kekurangan
Pandanglah dalam-dalam ke dalam diri,
Layakkah kita berkasar sedangkan kita dicipta oleh Yang Maha Lemah Lembut.
Layakkah kita pemarah sedangkan seharian kita memohon kepada Yang Maha Pengasih
Layakkah kita tidak memberi kepada yang memerlukan sedangkan  hidup kita bergantung kepada Yang Maha Pemurah.
Mampukah kita terus melakukan dosa sedangkan Allah tidak pernah melepaskan pandanganNya dari kita.

Monday, November 14, 2011

Masa pasti berlalu......

Masa berlalu itu sudah pasti...
Tak pernah fikir untuk berhenti
Tapi bila tiba masanya
kita yang berhenti berlari
tapi masa tetap pergi

pasti ada yang memerhati
dia tidak akan menanti

pergi kehujung waktu
menuju matlamat yang satu
akan tiada seorang pun disitu
cuma makhluk yang bisu

masa pasti akan berlalu..