Monday, August 31, 2009

MerdekaKAH?


31 Ogos 1957 Negara kita telah di istiharkan merdeka bererti ini adalah kali yang ke 52 kita dilaungkan Merdeka.

Apakah kemerdekaan ini menepati maksud yang sebenarnya. Bagi negeri di Malaysia hanya Kelantan yang hampir menepati status kemerdekaan sebenar manakala Selangor, Pulau Pinang dan Kedah baru melangkah kearah itu.

Rakyat Kelantan sesungguhnya bertuah kerana mereka kini merasakan bebas dari segala penjajahan fizikal dan mental serta bebas memberi pandangan mereka dalam menegur pemerintah.Inilah yang dikatakan MERDEKA.

Wednesday, August 26, 2009

Titik Hitam


Satu titik hitam ....

akibat dari satu dosa

bertitik diatas perlantaian hati

ada titik kecil...

dan kadang kadang titik besar


seorang sedang memerhati sambil berkata

lama lama titik hitam akan memenuhi lantai ini


tiada usaha untuk membersihnya

tiada rasa untuk merasai pedihnya


hitam itu sudah hampir menyluruh

perlantaian hati juga hampir runtuh


Oh tuhan...

sedarkanlah umat ini

supaya mereka cari pencuci hati

wahai sahabat..

padamkanlah titik hitam ini

dengan istighfar setiap hari

semoga lantai hati kembali berseri.

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Terakhir


Kali ini....

Aku kantemuimu

buat kali ke 49

Pertemuan ini....

adalah kesekian kalinya buatku

inilah yang kufikirkan

Ya Allah....

dipertemuan terakhir ini

berikan aku kekuatan

anugerahkan aku piala kesabaran

ringankan lidahku untuk memujiMU

temani daku dengan KalamMU

bisikan daku suara keinsafan

jauhi daku keletihan mahupun kamalasan

hindari daku dari kesesatan malam

supaya dapat kudakap malam seribu bulan

Ya Rahman Ya Rahim

dipertemuan kali ini

Kupohon redhaMU

untuk menggapai ijazah ketakwaan

kerana aku tak pasti

ketemuinya lagi ditahun mendatang

Ramadhan...


-abu amir-

pengkalan chepa

Monday, August 17, 2009

Perjumpaan Kamilian 78


Kota Bharu 15 Ogos 2009 Satu perjumpaan Kamilian 78 telah diadakan di AD Restoran Bandar Baru Kubang Kerian. Perjumpaan ini berjaya mengumpulkan seramai 24 orang ahli. Masing masing telah meluahkan rasahati dan ahli berharap perjumpaan ini dapat diteruskan dimasa akan datang.( Duduk dari Kiri : Nik Jamilah, Noizan, Aini Wahab, Adibah, Zamnah, Lailani, Esah Mt Nor, Rai Asmat & Tg Razihah
Berdiri Dari Kiri : Norazman. Budin Ismail, Ahmad Ibrahim, Azman, Wan Safuan, Tg Aziz, Ramli Mohd, Baharudin Stapa, Azizi Awang, Qazi Muntaz, Emlee Taib, Anis & Ab Majid.

Tuesday, August 11, 2009

Angan angan dan Cita cita


Berangan angan dan cita cita nampak sama tapi kadang kadang amat berbeza. Jika kita pandai mentafsirkan mestilah juga bijak menterjemahnya, dimana angan angan lebih perit dari cita cita dalam proses menggapainya.

Cita cita adalah perkara yang boleh dicapai dengan usaha yang gigih serta doa yang termakbul. Akan tetapi angan angan ini sukar untuk ditentukan keberhasilannya, tapi ketawanya akan melebihi ketawa tercapainya citacita.

Oleh yang demikian capailah cita cita dulu sebelum berangan angan.

Sunday, August 2, 2009

Pingat SMP,DSMP




Pengarah Urusan Dataran Fajar Developmant Sdn Bhd dianugerah Pingat SMP,DSMP dengan membawa gelaran Dato.


Semoga Allah memberi keberkatan berpanjangan.... InsyaAllah