Monday, July 27, 2009

Familiku


Ibu Aminah bijak memerhati
Ayah sudah lama kembali

Papa dan Mama lengkap melengkapi

Kakak dan Syani faham memahami

Illy dan Kak Anne jiwa menjiwai

Abe dan Adik menyanyi mengaji


Satu famili semoga diberkati

Sunday, July 26, 2009

PESAN BUAT PUTRI


Tengku Amalin Aisyah Putri

Engkau ibarat kuntuman yang indah

Nama yang baik sebutan yang mudah

Gelak tawamu menghiasi laman istana

Kecerianmu meyakinkan semua

Untunglah putera yang pasih berbicara


Antara keceriaan dan cita cita

Matamu kadang kadang bercerita

Antara senyuman dan tawamu

Langkahmu kadang kadang kaku

Inilah rupanya erti kehidupan

Nikmatilah kesederhanaan demi kedaulatan


Angin yang membelai rambutmu

Impian yang terbenam diakalmu

Semua itu membawa berita dari langit

Hanya taqwa bisa terjemahkan

Adakalanya iman boleh fahamkan

Hanya Dia saja dapat membantu


Putriku...

Usahlah hanyut dengan keindahan yang palsu

Tetapkan hati dengan Iman sejati

Renungkanlah kehidupan sesudah mati

Ingat........ MATI ITU PASTI.

Suara Pagi Ahad


Sejahtera pagi.....

Datangnya pagi setelah malam menghilang

Malam yang panjang bergantung pada siapa didalam

Pagi akan pergi bila tengahari datang

biarlah dia pergi dengan penuh isi

kerana gelas tanpa isi akan diisi kekosongan

kekosongan pula akan jadi pembaziran


ingat pembaziran sepupu kezaliman

kerana kezaliman jebat jadi penderhaka

tapi.....

kesetiaan pula menyebabkan tuah tikam jebat


aku bingung......


Tuesday, July 21, 2009

GOLF OB MANJUNG


Kejohanan Golf Jemputan Orang Besar Manjung di Telok Rabiah Golf Resort pada Mei 2009 sangat menyeronokan. Turut memeriahkan kejohanan ialah YTM Raja Dihilir Perak dan kerabat.

Kesudahannya saya hanya dapat hadiah saguhati tapi ramai kenalan yang kami dapat.

Monday, July 20, 2009

Golf PDRM




Kejohanan Golf PDRM Kelantan telah diadakan pada jun 2009 di Kelab Golf & Rekreasi Kelantan. Yang menariknya kejohanan tersebut di sertai oleh ahli KGCC dan tetamu istimewa adalah YTM Tengku Mahkota Kelantan Tengku Mohamad Faris Petra.


Johan keseluruhan pada hari dimenangi oleh Sdr Baharudin Hj Setapa dengan memperolehi 11 pukulan bawah par, dengan membawa pulang hadiah 3 keping emas dinar bernilai RM7800. Jadilah tu......




KAK N


Aisya Nur Diyana.....Anak ke4
Kini dia di UTM Skudai
Kursus Sarjana Muda Geoinfomatik
Dia ni agak unik sikit
Susah nak faham kehendaknya
Melompat lompat ideanya
Kita kena lompat juga baru dan rigat

Letiiiih..................

Saturday, July 18, 2009

Rehlah


Bawa cucu bersiar di pantai cahaya bulan menghirup udara petang dipantai.
Kadang bermain dengan cucu pun dapat release tention kerja juga.
selalu lah bersama budak budak semoga sayang budak. Training menyanyangi cucu.

Wednesday, July 15, 2009

Tikaman Madah - anbakri

Hentikan Mencintai Sesiapa sebelum Kau menguji sikapnya dalam dua keadaan: suka & duka

Sepanjang sejarah manusia, ramai orang membuat banyak kesilapan semasa memilih kawan. Ini lebih lebih lagi kritikal dalam konteks memberi cinta semasa memilih pasangan hidup. Kebanyakan kesilapan berpunca dari terlalu cepat terpengaruh dengan pelbagai temptasi keindahan berpusatkan penampilan fizikal.
Akhirnya, keputusan yang dibuat hanyalah memenuhi selera nafsu yang berhajatkan kepentingan jangka pendek. Rupa dan kecantikan, wang dan kekayaan, pangkat dan kemewahan, pengaruh dan kekuasaan. Akibatnya harapan sering menyalahi kenyataan.

Sebetulnya, hidup ini sengaja dijadikan indah oleh Allah S.W.T seperti yang dapat kita saksikan dalam firmanNya yang bermaksud :
"Dihiaskan (dan dijadikan indah ) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, yaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang banyak berpikul pikul dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang=binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup didunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baik ( yaitu syurga )".

(Surah Ali-'Imran : Ayat 14)

Jelas disini bahawa semua yang dijadikan indah ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia. Ia tidak sekali kali bertujuan mengilirukan kehidupan, tetapi lebih kepada untuk memudahkan ( to facilitate ) dan melengkapkan ( complement ) kehidupan manusia bagi memainkan peranan utamanya sebagai "khalifatul ardh" ,
Selaku khalifah Allah SWT segala pengurniaan ini dibekalkan untuk membantu segala aktiviti pengabdian hamba terhadap Khaliqnya. Keindahan-keindahan sementara yang dimanifestasikan dari kecantikan wanita, ladang, binatang ternak dan alam ini menggambarkan pengaruh keduniaan.

Pelaburan

Satu projek untuk yang berminat memiliki Rumah Rehat di Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu Hubungi Dataran Fajar Development Sdn Bhd 09 7747144

Tuesday, July 14, 2009

MUHASABAH

Sesungguhnya kita perlu menyedari bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Namun kekadang kita tidak mahu menggali apa disebalik satu satu peristiwa itu. Sebagaimana yang berlaku di ManikUrai dimana pengurangan majoriti yang begitu ketara di pihak PAS.

Saya terpanggil untuk memberi beberapa pandangan peribadi sehubungan perkara ini :

1. Keputusan PRU 12 berpihak kepada PAS dengan mejoriti yang agak besar (1350) dan berbeza dengan kali ini hanya 65 undi majoriti. Ini merupakan satu perkara penting yang perlu diberi perhatian mengapa pengundi membuat keputusan ini. Kita jangan terpengaruh sangat dengan politik wang yang di gemburkan tapi lihatlah kelemahan kita terlebih dahulu yang diantaranya
a. Kemanakah pergi program memperkasa roh jemaah (umat) yang satu masa dulu aktif dan berjalan baik seperti usrah, tamrin, mukhayan dan lain lain program menguatkan roh kerana bagi seorang muslim mukmin pembelajaran ini wajib berterusan takkira siapa mereka bermula dari muayyit hingga kepimpinan tertinggi. Disini ada kehilangan.
b. Kemana pergi kekuatan ukhuwah sesama kita yang dilihat semakin kendur, malah beri salam antara kita pun dirasakan semakin malap menyebabkan kasih sayang akan tinggalkan kita.
c. Kekuatan ekonomi ummah juga agak terancam menyebabkan rakyat menjadi lapar kemewahan. Dunia hari meletakan kemewahan sebagai pekara utama dalam hidup sehingga mabuk dunia dan takut pada mati.
d. Budaya umno sudah masuk kedalam pemikiran pemimpin Pas ( setengahnya) menyebabkan rakyat dilawati hanya semasa PRaya.

Menang Tapi Tipis

PAS harus menghisab diri dan mengenalpasti segala kelemahan menyebabkan pengurangan majoriti yang banyak pada PRK Manikurai.
Seorang peguam dilaporkan berkata "Dalam negeri yang mengamalkan demokrasi walaupun lebih satu undi tapi masih menang. Dalam keadaan ini menunjukan kelebihan undi sebanyak 65 majoritinya merosot tapi rakyat masih percaya dan menyokong PAS. Kalau berhasrat memenangi pada masa depan , Umno harus menunaikan Janji yang telah dibuat untuk di peti undi manik urai kerana peti undi itu dimenangi oleh BN. Jangan hanya tabur janji dimasa pilihanraya dan gulung tikar bila tak berjaya dan bakar kelambu marah bermaharajalela."

Sunday, July 12, 2009

Situasi PRK terkini

Jalan jalan di Manik Urai sudah semakin sibuk.Saya jumpa berbagai kondisi manusia yang datang untuk mengikuti perkembangan PRK Manikurai.
Jumpa seorang kawan lama terus bertanya khabar.
Beliau terus menyapa saya dan mengatakan bahawa Manikurai akan berubah wajah mermula 15 julai 2009.
Saya tanya apa perubahannya?
Beliau menjawab "Saya sedang mengenalpasti tapak untuk memulakan hidup baru disini kerna Manikurai akan jadi Bandar Agropolitan ternaju diMalaysia, jangan lah lepas peluang ini mari kita cepat kenalpasti tapak pejabat kita ayuhh.

Kalu gitu bahagialah rakyat manikurai.......

Hari pertunangan anak saudara Kak An & Ijjat
Kanan tu anak sulong ambo Aisya Hanira, bengkeng jugok,
suko deghah dan handal main badminton tapi kalu lawan Ku Anis mesti menang Ku Anis

Aisya Ilyana bt Baharudin
Anak 2/6
Dia ni bengkeng supo mama dio
Tapi mudoh mesra
Beranok Tengah hari diri
Maso kecik jerik kuat sapa panggil tok bomo

Amirin Syakir namanya..
Anak 5/6
Budak Gedebe belake
Kalu bdepe kecut perut
Main gitar buleh sikit sikit .. lagu wau bule
Kalu dikir barat ...dialah tok jora & tuke karut
Cita cito tinggi diawan ( Baiki aircond kapalterbang)
Ho hebat anak ambo, mudohan tercapai segala impian

Mendayung sampan sambil mencari ketenangan di Tasik Danau Tok Uban. Dibelakang kelihatan Masjid Terapong Tok Uban ( Program Kursus Jihad Ternak 2007)





CUTI HARI MENGUNDI

Alangkah sesuainya jika 14 Julai 2009 diistiharkan hari cuti kerana tidaklah peminat peminat politik merasa bersalah untuk meninjau situasi PRK Manikurai.

Apapun kalau diberi cuti maka janganlah disalahgunakan cuti itu.

Hari ini

Hari Ini
Sehari sebelum aku ke Manikurai
Debaran ada gelisah pun tiba
Mengapa?
Bimbang jusoh dan kawan kawan terpesona dengan janji Mudin
Takut Ripin telah terima sogokan kuno

Tapi aku yakin,
Mek Jarah tetap dengan pendiriannya
Maksu Timah tetap tegas perjuangkan prinsip
Dulu dia pernah berkata
" Demi Islam ambo rela hidup susah naik perahu"

Oh Tuhan
beri kekuatan pada IslamMu
Anugerah kekuatan pada pencinta kesucian Mu
Jauhi angkara mungkar yang membunuh

Tenangkan serta sejahteralah umat Manikurai.