Tuesday, July 14, 2009

MUHASABAH

Sesungguhnya kita perlu menyedari bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Namun kekadang kita tidak mahu menggali apa disebalik satu satu peristiwa itu. Sebagaimana yang berlaku di ManikUrai dimana pengurangan majoriti yang begitu ketara di pihak PAS.

Saya terpanggil untuk memberi beberapa pandangan peribadi sehubungan perkara ini :

1. Keputusan PRU 12 berpihak kepada PAS dengan mejoriti yang agak besar (1350) dan berbeza dengan kali ini hanya 65 undi majoriti. Ini merupakan satu perkara penting yang perlu diberi perhatian mengapa pengundi membuat keputusan ini. Kita jangan terpengaruh sangat dengan politik wang yang di gemburkan tapi lihatlah kelemahan kita terlebih dahulu yang diantaranya
a. Kemanakah pergi program memperkasa roh jemaah (umat) yang satu masa dulu aktif dan berjalan baik seperti usrah, tamrin, mukhayan dan lain lain program menguatkan roh kerana bagi seorang muslim mukmin pembelajaran ini wajib berterusan takkira siapa mereka bermula dari muayyit hingga kepimpinan tertinggi. Disini ada kehilangan.
b. Kemana pergi kekuatan ukhuwah sesama kita yang dilihat semakin kendur, malah beri salam antara kita pun dirasakan semakin malap menyebabkan kasih sayang akan tinggalkan kita.
c. Kekuatan ekonomi ummah juga agak terancam menyebabkan rakyat menjadi lapar kemewahan. Dunia hari meletakan kemewahan sebagai pekara utama dalam hidup sehingga mabuk dunia dan takut pada mati.
d. Budaya umno sudah masuk kedalam pemikiran pemimpin Pas ( setengahnya) menyebabkan rakyat dilawati hanya semasa PRaya.

No comments: